Live Tutorial dan Pendaftaran Portal eKelas

9 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Oktober 2020, Khamis, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang dengan kerjasama Maxis eKelas telah mengadakan eKelas Mini Lesson, Interactive Quiz & Trivia yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang pelajar tahun 6 dan seorang pelajar tingkatan 3.

Live Tutorial hari ini adalah untuk matapelajaran Matematik. Antara topik yang dipelajari adalah Masa dan Pecahan.

Diharap dengan adanya kelas seperti ini dapat membantu pelajar menghadapi penilaian yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali